Friday, July 31, 2009

BEG YANG DIIDAMKAN SELAMA NI...

Beg ni dah lame aku intai & jeling2 time lalu depan kedai "CONELI" kat sebuah Mall kat Kuching ni... "SPRING MALL". Tp baru arini aku dapat beli. Sebabnye tiap kali aku g mall tu, aku lupe jek nk cucuk duit...hehehe..

Dekat 2 minggu gak aku memendam rase.. huhuhu... Sampai tido pun t'mimpi2 beg ni.. hahaha... Teruknya...

Salah satu sebab aku suke sgt kat beg ni, bentuknye simple jek. Sesuai utk dipakai dgn semua baju.. Kalo nk g picnic ke, pakai beg ni nmpk mcm "sport".. Kalo g kelas or jln2 pun nmpk ok jek..
So, mmg aku amat b'puas hati la dgn beg ni... Berbaloi la aku memendam rasa dekat 2 minggu..

Thursday, July 30, 2009

Simptom Influenza A (H1N1)

ABSTRAK


Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?


Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di
http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).

Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.


Bagaimanakah Selesema Babi Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.
Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).


Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.


Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.

Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;

• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.

Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.


Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
• Tidak.
Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.


TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.


ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.

iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.
• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian
http://www.moh.gov.my

Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC• Akhbar-akhbar Utama Tempatan

Laman Web Pusat Maklumat Rakyat

KALIMAT YANG SEMPURNA

1) KALIMAT YANG SEMPURNA:
Al-Quran yang berisi kalimah-kalimah tatacara pergaulan,ibadah, peringatan, keimanan,sejarah dll lagi

2) KEJAHATAN YANG TURUN DARI LANGIT:
Bala, wabak, udara busuk,taufan, petir, ribut,kuman2,penyakit yg berterbangan di udara dll

3) KEJAHATAN YANG NAIK KE LANGIT:
Catatan amal buruk,ruh orang2 jahat,iblis yg mencuri berita di langit dsbnya

4) KEJAHATAN YANG TERJADI DI MUKA BUMI:
Gangguan syaitan, jin dan manusia,binatang buas, kezaliman, hasut,fitnah, buruk sangka, niat jahat, peperangan dsbnya

5) KEJAHATAN YANG KELUAR DARI BUMI:
Gempa bumi, gunung berapi,gas beracun,binatang2 berbisa dsbnya

Bisikan Nurani

Wednesday, July 29, 2009

Dun judge a book from a cover..

Assalamualaikum....

Aku bkn nk citer pasal buku...
Tp nk meluahkan rasa x puas ht...
Tp sbg manusia biasa, kita x dpt nk menutup mulut org lain...
Tp aku ngah geram gak ngn somebody ni...
Tahunye ngutuk org mcm aku..
Katanya perangai aku x senonoh la, apa la, t'lalu sosial la, melampaui batas la...
Kita kena ingat, x semua manusia dilahirkan dengan sempurna...
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2...
Aku sedar la sape aku...
Tapi jgn la judge aku mcm la aku ni buat kesalahan yg besar...
Aku cume jd diri aku yg sebenar...
Dpd jd seorg yg hipokrit, kat luar je nmpk baik, tp dlm,,,,,,,,,,, "baik x payah!!!!"
Ermmmmmm..... Entah la...

Aku x nak la sebut sape name org tu & x nak la aku m'ceritakan peribadi org tu dgn lebih lanjut...
Hidup mati kita semua kat tangan Allah...
So, jgn la bile kita tgk seorg yg b'tudung labuh tu, semuanya baik.....
Dan jgn la bile kita tgk org yg b'sosial tu semuanya jahat....
Kadang2 takdir hidup seseorg manusia mmg x dpt dijangka...
Jgn la sangka seorg yg kaki botol akan m'jd kaki botol selama2nya...

Seorg kaki botol juga boleh berubah menjadi seorg yg b'gune kpd agama, bangsa dan negara pd mase akan dtg... siapa yg tahu kan??? Kita hanya merancang dan melakukan, tp Allah yg menentukan segalanya...

Ish3..... Aku ni dh t'lebih layan feeling ni... hahahaha..So, now I juz pray n hope somebody yg suke sgt mengata org lain tu berubah n x yah la mengutuk org lain lg.. Cukup la sekadar aku je yg kena kutuk...

Sekian..........

p/s: orang yg mengutuk lebih hina dpd org yg dikutuk...

Tuesday, July 28, 2009

Tunggu TMJ


Tunggu TMJ b'sama2 Big Bike nye.. Letih je sume & menampakkan muke seposen...

Ni namenye Rashidah.. Aku panggil Ida...

Yg ni aku x ingt la name dia sape.. Xtau sebenarnye.. Huhu.. Tp ambik je gmbr dia sbb dia suruh.. Then aku upload la gmbr ni kat facebook & this blog utk tatapan umum.. Hahaha..

Aku pun nak jugak b'gambar ngn motor besar ni.. Ngegeh.. Hehehe....

Seblm masuk dewan utk lunch..

Kat Dataran Canselori, ngah tgu TMJ la ni....

Monday, July 27, 2009

Mentari Hidup - Haikal

Sirah al-lmam Zayn al-Fuqaha (imam hiasan fuqaha) Asy Syafie yang dilupai oleh ramai pengikut mazhabnya

Sejarah Ringkas Imam Asy-Syafie

Imam Syafie lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150H/767M di atas nama Muhammad bin Idris Asy-Syafie. Beliau mempunyai pertalian darah Quraish dan hidup tanpa sempat melihat ayahnya. Pada umur 10 tahun, ibunya membawanya ke Mekah untuk ibadah haji dan selepas itu beliau tetap berada di sana menuntut ilmu. Di Mekah Asy-Syafie memulakan perguruannya kepada Muslim bin Khalid al-Zanji, mufti kota Mekah di ketika itu dan juga kepada Sufyan bin Uyayna.

Kitab ilmu yang paling terkemuka ketika itu ialah Al-Muattha’ karangan Imam Malik, dan Asy-Syafie dalam usia mudanya 15 tahun telah menghafal keseluruhan kitab tersebut. Asy-Syafie kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru pula dengan penulis kitab itu sendiri, Imam Malik bin Anas. Ketika itu Asy-Syafie berusia 20 tahun dan beliau terus duduk bersama Imam Malik sehinggalah kematiannya pada tahun 179H/796M. Ketokohan Asy-Syafie sebagai murid terpintar Imam Malik mulai diiktiraf ramai. Asy-Syafie mengambil alih sebentar kedudukan pejabat oleh Gabenor Yaman. Jawatan Asy-Syafie tidaklah lama di Yaman, apabila beliau dituduh dan difitnah sebagai pengikut dan pendokong ajaran Syiah. Disamping itu berbagai konspirasi lain di jatuhkan ke atasnya, sehinggalah beliau dirantai dan dihantar ke penjara Bagdad, pusat pemerintahan Dinasti Abbasid ketika itu.

Sewaktu didalam penjara di Baghdad, Imam Syafie bermimpi:

"Suatu malam ketika saya dalam penjara di Baghdad, saya telah bermimpi didatangi oleh Sayidina Ali ra. Sayidina Ali ra. telah duduk dihadapan saya. Beliau telah memecat cincin yang dipakainya, dan kemudian menyarungkannya ke tangan saya.

Saya telah menceritakan tentang mimpi saya tersebut kepada Imam Muhammad bin Hassan dan meminta beliau supaya mencari seseorang yang handal dalam ta'bir mimpi. Apabila penta'bir mimpi datang, saya telah menceritakan kepadanya tentang mimpi tersebut."

Katanya "Jika benar mimpi tuan guru itu, suatu hari nanti segala pandangan dan pendapat tuan guru akan tersebar dan diamalkan di seluruh pelosok dunia dimana sahaja sampainya dan tersebarnya nama Sayidna Ali RA."- (Imam Baihaqi meriwayatkan dari Imam al-Rabi')

Asy-Syafie dibawa menghadap ke Khalifah Harun al-Rasyid dan berjaya membuktikan kebenaran dirinya. Kehandalan serta kecekapan Asy-Syafie membela dirinya dengan berbagai hujjah-hujjah agama menyebabkan Khalifah Harun sendiri tertarik kepadanya. Asy-Syafie dibebaskan dan dibiarkan bermastautin di Baghdad. Di sini Asy-Syafie telah berkenalan dengan tokoh-tokoh Imam Abu Hanifah dan duduk berguru dengan mereka, terutamanya dengan Imam Muhammad al-Hasan Asy-Syaibani. Suasana ini memberikan kelebihan yang utama bagi Asy-Syafie, iaitu beliau berkesempatan untuk belajar dan membandingkan antara dua ajaran fiqh Islam, iaitu ajaran Imam Malik bin Anas dan ajaran Imam Abu Hanifah.

Pada tahun 188H/804M, Asy-Syafie kembali berhijrah ke Mesir. Sebelum itu beliau singgah sebentar di Mekah dan di sana beliau di beri penghormatan sebagai tokoh besar dan dipelawa untuk memberi ceramah dan kuliah. Asy-Syafie kini mula diiktiraf sebagai seorang Imam, dan beliau banyak meluahkan usaha untuk cuba menutup lurah-lurah perbezaan antara Imam Malik dan Imam Abu-Hanifah. Usahanya ini tidak disambut baik oleh penduduk Mekah kerana kebiasaan mereka kepada ajaran asal Imam Malik.

Pada tahun 194H/810M, Imam Syafie kembali semula ke Baghdad dan beliau di pelawa untuk memegang jawatan qadi bagi Dinasti Abbasid. Beliau menolak dan hanya singgah selama 4 tahun di Baghdad. Imam Syafie kembali ke Mesir dan memusatkan ajarannya di sana. Daud bin Ali pernah di tanya akan kelebihan Imam Syafie berbanding tokoh-tokoh lain di ketika itu, maka beliau menjawab: Asy-Syafie mempunyai beberapa keutamaan, berkumpul padanya apa yang tidak terkumpul pada orang lain. Dia seorang bangsawan, dia mempunyai agama dan I’tiqad yang benar, seorang yang sangat murah hati , mengetahui hadith sahih dan hadith dhaif, nasikh, mansukh, menghafal al-Quran dan hadith, perjalanan hidup para Khulafa’ Rashidun dan amat pandai mengarang.

Dalam usahanya untuk cuba menutup lurah-lurah perbezaan antara Imam Malik dan Imam Abu Hanifah, beliau menghadapi berbagai tentangan dari pengikut-pengikut Imam Malik yang taasub kepada guru mereka. Di suatu malam, dalam perjalanan balik ke rumah dari kulaih Maghribnya di Mesir, Imam Syafie telah dipukul oleh pengikut-pengikut Imam Malik yang fanatik sehingga menyebabkan beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia. Di ketika itu, Imam Syafie juga sendang menghadapi penyakit buasir yang agak serius.

Pada usia 54 tahun, Imam Syafie meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir, meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh iaitu kitab al-Risala. Kitab ini adalah yang terulung dalam menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan dan mengistimbatkan hukum dari satu dalil yang ada. Selain itu Imam Syafie juga meninggalkan kitab feqhnya yang masyhur, al-Umm. Ajaran Imam Syafie diteruskan oleh beberapa anak muridnya yang utama seperti Imam Abu Yakub al-Ruwati (231H/ 846M), Imam Rabi bin Sulaiman al-Marali (270H/884M), Imam Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani (274H/888M) dan terutama ialah Imam Ahmad bin Hambal (241H/856M).

Kesimpulan

Setelah kita mengetahui kealiman Imam Syafie, kefadhilan dan kelebihannya maka seharusnya kita tidak mengabaikan nasihat dan ajaran ilmunya serta mengambil kemanfaatan dari susah payah diri beliau mencari ilmu yang kemudiannya diperkembangkan usul dan fahamannya terhadap fiqh Islam serta manhaj Islam itu sendiri sehingga tersebarnya mazhab syafie yang bermakna pegangan usul syafie ra dalam fiqh Islam.

Maka wajarlah kita memegang benar nasihat beliau yang banyak mengajar kita supaya berpegang kepada Islam dengan ilmu dan menjauhi taqlid dan kejahilan seperti pesanan beliau :

"Jika sahih sesuatu hadith maka itulah mazhabku (peganganku)"
(Sila rujuk Imam An-Nawawi dalam kitabnya "Al-Majmuk", m/s 63 / 2).

" Setiap Hadith dari Nabi Salallahulaihiwasalam itulah sebenarnya pendapat aku cuma sahaja mungkin kamu tidak mendengarkannya dari aku."
(Sila rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya " Adabul Syafi'ie" m/s 93).

"Barangsiapa yang bertaqlid pada mengharamkan sesuatu atau menghalalkan sesuatu dan jelas taqlidnya itu berlawanan dengan hadith dan kerana taqlidnya itu menyebabkan dia dilarang atau menyekatnya dari beramal dengan sunnah maka sesungguhnya dia telah mengambil orang yang ditaqlidnya itu sebagai tuhan selain dari Allah swt ."


" Dan sesungguhnya hadith nabi itu lebih utama, dan janganlah bertaqlid padaku”

(Sila rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya " Adabul Syafi'ie" m/s 93).

Dengarilah pesanan Imam Syafie dengan menuruti Al-Qur’an dan sunnah dan mengambil pertunjuk salaf soleh yang alim dan faham akan islam dnegan kefahaman yang sahih dan menjauhi taqlid buta dan ikutan jahil tanpa hujah dan dalil kerana itulah pesana para ulama dan perintah Islam kepada kita semua.


" Apakah kamu mengatakan sesuatu perihal Allah tanpa ilmu ?" (Surah Al-Baqarah : 80).

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

Aku & adik2ku....

Inilah aku dan adik2ku.. Aku yg b'tudung putih. Yg bertudung merah tu, adik aku yg no.2. Yg x b'tudung tu, adik aku yg no.3. Aku skrg b'umur 22 thn, yg no.2 tu b'umur 18 thn, yg no.3 tu b'umur 8 thn. Tengok muke kitorg. Ada iras x? Sume org kata muke kitorg xd iras langsung. huhuhu.... No komen ler...

My mom, dad & younger sister


Gambar ni diambil mase adik aku yg no.2(yg pakai jubah) semasa hari konvokesyennye. Ayah aku seorg yg amat menyayangi anak2nye. Segala kehendak anak2nye yg dia mampu tunaikan, dia akan tunaikan. Seorg yg b'tanggungjawab, tegas, dan garang. W/pun garang, dia x pernah marah ak n adik2 aku. Tiap kali kitorg buat kesalahan, dia hanya menegur dan mengingatkan sahaja. Kitorg x pernah dipukul. Dijentik pun tidak. Ayah kitorg adalah ayah yg penyayang yg paling best. Syg ayah....

Mak aku pulak seorg yg amat menitik beratkan segala kelengkapan anak2nye. Aku masih ingt lg mase kecik2 dulu. Bekal untuk dibawa ke sekolah mesti mak aku sediakan every morning. setiap kali waktu pagi ketika b'sarapan, aku mesti nk mak aku suapkan aku. Manja btul aku ngan mak aku ni. Sampai la umur aku 14 tahun, aku still nak mak aku suapkan aku. huhuhu.. Tiap kali aku ada masalah, aku akan mengadu kat mak. Dan sebagai mak, dia tahu ape kemahuan dan kehendak anak2nye. So, at the last mak aku ckp, "tahulah mak pilih bakal menantu mak nnt". Keh3.. Mak ni, mcm la kakak nk kawen skrg. Hahaha. Syg mak....

Pasal adik aku ni pulak. Bersekolah di SMK Maahad, Muar and now at Matriculation College at Tangkak. Namanya Nurhazimah. Seorg yg berfikiran matang dan sering mengingatkan aku mengenai soal jawab agama. Saudara mara aku seringkali tersalah sangka mengenai status kitorg. Semua saudara mara aku menyangka bahawa adik aku ni adalah kakak aku. Sebabnye aku ni rendah sikit je dr dia dan sifat dia lebih matang kalau nk dibandingkan dgn aku. Aku ni jenis yg enjoy. Dia ni jenis yg diam. Hanya akan b'cakap bile perlu sahaja. X macam aku, becok semacam. Suke2 hati aku jek. Tp aku dh insaf la. Kalau dulu aku suke buat perkara2 yg x manis dipandang org, cthnye bersosial sesuke ht aku jek. Tapi sekrg ni, aku dh mule berfikir betapa berdosenye diri ak dulu. Ermm...

p/s: insaflah dan sedarlah selagi anda masih diberi peluang oleh-Nya..

Sunday, July 26, 2009

Released Tension with My Cousins


Gambar ni diambil time ak & sepupu2 ak g tepi pantai utk released tension seblm masing2 balik asrama pada esok harinye.... Maklum le, lepas blk asrama, akan ter"tension" dengan sendirinye... Whatever that happen, we still together until now.... Xd sesiapa pun dpt pisahkan kitorg kecuali kematian... Aku sygkan korang semua... Huhuhu...

p/s: ape2 pun yg berlaku, jgn la kite sisihkan atau pinggirkan keluarga kite sendiri...