Thursday, November 15, 2012

Tak Ada Tajuk

Assalamualaikum..

Tak tau nak letak tajuk apa untuk entry aku arini. Apa-apa yang terjadi pada diri kita semuanya ujian dari Allah. Aku hanya mampu tersenyum untuk menunjukkan kepada semua bahawa aku seorang yang kuat & cekal walaupun hakikatnya hanya Dia yang Maha Mengetahui isi hati aku sekarang ni.

Kadang-kadang aku hanya menangis dalam hati je sebab taknak orang-orang sekeliling aku tau yang aku tengah MOODY. Dengan keadaan kesihatan tidak berapa nak baik ni, selesema, batuk, pening. Berat badan pun makin berkurangan. Ya Allah, tabahkan serta kuatkanlah hati hambaMu ini untuk menerima & melalui segala ujian yang Engkau berikan ini dengan jayanya & memperoleh Gred A+. ^_^

SENYUMLAH WALAUPUN KITA TENGAH SEDIH. SIAPA TAHU SENYUMAN ITU DAPAT MENGURANGKAN KESEDIHAN YANG SEDANG KITA ALAMI.. :)

Sekian.

Wednesday, November 14, 2012

Mood Tak Best!!

Assalamualaikum...

Anyway, hari ni aku rasa mmg x best & dah berminggu aku rasa x best sgt...sebabnya entah la..kadang2 aku rasa macam aku lak yang TERHEGEH2 kat dia...nak tulis panjang2 pun x tau nak karang mcm mana..[aik..karang? hehe..x ingat mcm mana nak buat karangan sebab last buat karangan 3 tahun yg lepas masa ambil paper BM untuk subjek GENERIK kat universiti dulu]..huhu...

Okey, aku dah merepek malam2 buta ni..haha...nak tau sebabnya kenapa aku rasa x best? Gambar kartun yang aku lukis kat bawah ni akan menjelaskan everything about my feeling right now..



**Kalau dia terbaca entry aku ni, aku harap sangat dia boleh terima & faham apa yang aku rasa sekarang...

Friday, October 19, 2012

All about PINK!! "PINK"

kenapa tajuknye PINK? sbb aku nak cerita pasal PINK ni...
dulu bile sebut pasal PINK, mesti aku akan rase geli jek..JAMBUNYE..hihi
tp skrg ni aku lak yang suke kaler PINK ni...sbb tu la ade pepatah mengatakan "JANGAN LAH KITA TERLALU MEMBENCI SESUATU KERANA BERKEMUNGKINAN YG KITA BENCI TU AKAN MENJADI KESUKAAN KITA SUATU HARI NANTI, DAN JANGAN LAH KITA TERLALU MENYUKAI SESUATU KERANA BERKEMUNGKINAN YG KITA SUKA ITU AKAN MENJADI KEBENCIAN KITA PADA SUATU HARI KELAK"..

Comelnye....hihi


sama jugak la sekarang ni aku x berapa suka dengan bunga, tapi mana la tau suatu hari nanti tibe2 pulak aku leh jadi MINAH BUNGA...hehehe...
Disebabkan aku x suka bunga, x ada sorang pun bagi aku bunga..masa konvo thn lepas tu junior2 bagi ak teddy bear sebab diorg tau aku x suke bunga..tapi sebenarnye aku teringin nak dpt hadiah bunga... :)


aku mengakui sekarang ni aku agak kasar, tapi aku sedang mencuba untuk ke arah yang lebih baik dan sopan santun...aku teringin nak menjadi seorang yang lemah lembut..wahai sahabat2ku sekalian, plz support me k.. ^_^
Mesti mak ngan ayah bangga sangat2 kalau anak dia ni jadi sopan santun macam wanita melayu terakhir, muslimah sejati, solehah...SEJUK PERUT MAK MENGANDUNG KAU 9 BULAN 10 HARI KAK IPAH...ngeee~~~~ okey..melebih2 lak aku ni.. :P

Monday, October 15, 2012

LANGKAWI oh LANGKAWI

1st, aku nak listing budget yg telah digunakan.. ^_^

1-tambang bas : RM63.20 [Batu Pahat ke Kuala Perlis]

2-tambang bas : RM65.00 [Kuala Perlis ke Batu Pahat]

3-tambang feri : RM18.00 [Kuala Perlis ke Langkawi]

4-tambang feri : RM18.00 [Langkawi ke Kuala Perlis]

5-kereta sewa : RM100.00 [3hari 2malam - PERODUA VIVA]

6-minyak kereta : RM30.00 [untuk 3 hari perjalanan]

7-penginapan : RM90.00 untuk 2 orang [3hari 2malam - AMZAR MOTEL]

8-aktiviti : a) Island Hoping : RM25.00 seorang
b) Banana Boat : RM50.00 [satu boat]
c) Cable Car : RM15.00 seorang

9-shopping : hampir RM400.00 including ofismet pny barang la..aku pny barang x banyak pun...ade la dalam RM200.00 aku berhabis utk shopping..huhu..


okey!!selebihnye leh layan gambar2 aku n membe2 aku kat langkawi ni ye...muahahaha...sgt best!!!

AIR HANGAT VILLAGE

ACTVITY : ISLAND HOPING

TASIK DAYANG BUNTING

BERAS BASAH ISLAND

BERAS BASAH ISLAND

BERAS BASAH ISLAND

BANANA BOAT..LOCATION : CENANG BEACH

BERAS TERBAKAR

KOTA MAHSURI

PANTAI APE NTAH...HEHE

PANTAI CENANG...1ST DAY IN LANGKAWI

DALAM FERI MENUJU KE LANGKAWI...

WITH BOAT TEAM AT TASIK DAYANG BUNTING DURING THE ISLAND HOPING ACTIVITIES...

PAKCIK POLIS YANG SPORTING..BERI KAMI PELUANG UNTUK MASUK WALAUPUN WAKTU NI SEPATUTNYE DAH TUTUP...hoho..BEST PAKCIK NI..THANKS PAKCIK.. ^_^


Sunday, October 14, 2012

~LANGKAWI~

vacation!! best n very best ever n ever..rase mcm xnak blk je...huhu.. hopefully dpt g lg pasni.. kami bertolak rabu malam...blk lak sabtu malam...penat gak tp best..jommm

Tuesday, July 24, 2012

~TATKALA KEBOSANAN~

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua blogger... x lama lg dah nak raya, lepas tu raya haji, lepas tu cuti skola, lepas tu, tu, tu, tu....

Bila seharian berada di ofis, sgt2 membosankan...keje byk, bosan...keje xd bosan...adehhh...

Bila dah bosan tu mcm2 idea mengarut la yg kuar dr kpale otak ni..kalo dah pressure dek keje tu, inilah hasilnyerrr :-