Monday, February 15, 2010

:: Sebuah Kisah Cinta, Kasih dan Sayang ::

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.


Pelajar: "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana jugga kasih sayang itu nak berkekalan?"


Cikgu: "Ok. Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas."


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Ckgu bertanya, kenapa tiada rumput yang di pilih?


Pelajar: "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi dah cikgu cakap pilih yang PALING cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik. Tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."


Cikgu: "Ya. Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Mahupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi...



**Sebenarnya mesej ni di"create" oleh sorang kawan ak.. then dia send kat ak.. dia kata dia "create" sbb bosan, jiwe ngah kaco mase tu...siap dgn irama lagu lagi...mcm2x jek la kawan ak tu.. cian tol ak dgr kisah dia ngn ex dia.. w/pun ak xtau d real story, tp ak pun prnh rase gak bile hati di"toreh2x".. huhu.. dah3x,, nk jiwang2x lak kat cni.. hee~~

No comments:

Post a Comment