Saturday, July 30, 2016

SAMBAL PARU + KENTANG

Macam biasa weekend je keluar pergi pasaraya untuk beli lauk basah. Minggu ni tengok harga ayam melambung pulak. Jadi, husband decide nak makan lain selain ayam. Ternampak paru lembu. Teringin la pulak. Maka, akak pun gigih la google resepi sambal paru. Ni kira first time la akak masak sambal paru.
Resepi pun tengok2 gitu je. Takde sukatan. Cuma anggaran/agak2.

BAHAN-BAHAN:
Paru lembu - rebus dahulu, potong-potong ikut saiz yang dikehendaki, lepastu goreng.
Kentang - potong dadu, goreng.
Lada kering - rebus dan kisar.
Bawang Merah - kisar
Bawang Putih 5 ulas - kisar
Garam
Gula
Ajinomoto

CARA-CARA:
Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
Masukkan garam, ajinomoto dan gula secukup rasa.
Masukkan paru dan kentang.
Kacau sampai sebati. Siap.

**Makanan / Masakan orang Melayu ni x ada sukatan tepat sebenarnya. Sukatan main agak2 je.
Sekian...

Thanks for reading!!

Wednesday, July 27, 2016

Trip ke LUMUT, PERAK

Kali ni nak share trip ke Lumut, Perak yang kami x rancang nak pergi, tapi terpergi..haha..

Kisahnya pagi tu keluar nak beli baju twin je. Lepas tu macam biasa pergi riadah ke Pantai Remis, Kuala Selangor. Lepas tu husband cakap jalan g Perak pun best jugak ni. I was like #_#...tapi happy sebab nak jalan2 kan..

Dengan x bawak baju, susu, pampers, kami pergi ke Lumut. Konon survival la..haha..tapi seronok la jalan mcm tu..

Penginapan malam tu kami menginap di RITZ INN, LUMUT, PERAK. Bilik ok, ada aircond, bilik air semua, katil KING SIZE.. Satu malam hnaya RM 80.00 sahaja..murah kan?

Nah belanja gambar-gambar kat Lumut..

Tuesday, July 26, 2016

RESEPI KEK CAWAN COKLAT

Kali ni saja nak share kek cawan coklat yang paling senang, dan yang paling penting kek nya menjadi dengan jayanya dan sedap dengan permukaannya yang CRUNCHY..hehe..jom cekidaut resepi..

RESEPI KEK CAWAN COKLAT

BAHAN A:
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1/4 cawan serbuk koko
1/2 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat

BAHAN B:
1 biji telur gred A@B
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak

BAHAN C:
1/2 cawan air suam

HIASAN - CHOC RICE / CHOC CHIP

CARA-CARANYA:
1. Blend BAHAN B sampai kembang
2. Masukkan BAHAN A & BAHAN C berselang-seli. Kacau guna whisk sehingga sebati.
3. Masukkan adunan dalam cawan kertas.
4. Tabur bahan hiasan.
5. Bakar 180'c selama 30 minit.

SELAMAT MENCUBA!!

Thanks for reading..